INFO TERKINI

Fasih%Mandarin%Collaboration%MoU%TalentCorp%Malaysia
TalentCorp%Malaysia%Yes%Collaboration�sih%Mandarin%MoU
Fasih Mandarin Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp)

Posted Mei 4, 2021

Fasih Mandarin dengan secara rasmi menyertai kolaborasi antara pelbagai pemain industri Malaysia dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), bersama-sama kita akan berkembang maju ke arah satu destinasi melalui program TalentCorp: Young Employable Students (YES!).

Encik Shah Farid (Pengarah Urusan Fasih Mandarin) dan Encik Zaqki Zamanee (Pengarah Operasi & Kewangan Fasih Mandarin) telah dijemput untuk Majlis Pertukaran Dokumen YES! MoU & Iftar di Connexion Conference & Event Centre Kuala Lumpur pada 4 Mei. Encik Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif  TalentCorp telah merasmikan YES! Pertukaran Dokumen MoU. Encik Nazrul Aziz, Ketua Graduate & Emerging Talent (GET) dan Ketua Perkongsian Industri (IP) turut kongsikan perjalanan TalentCorp sejak tahun 2011.

Fasih Mandarin menghargai peluang yang diberikan dan komited untuk bekerjasama rapat dengan semua rakan kerjasama YES! dan TalentCorp dalam meningkatkan employability mahasiswa dan menyokong mereka menjadi graduan yang berdaya saing.

Fasih%Mandarin%UPNM%TalentCorp%Malaysia.jpg
Fasih%Mandarin%UPNM%TalentCorp%Malaysia.jpg
Fasih Mandarin Sertai TalentCorp Malaysia YES! x Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM)

Posted April 9, 2021

Fasih Mandarin telah meluangkan masa lebih 2 jam dengan 270 pelajar Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM), menjawab soalan tentang kerjaya masa depan mereka dan trend semasa dalam pasaran kerja, Kami juga mengambil peluang untuk kongsikan asas komunikasi dalam bahasa Mandarin.

Kami menerima banyak maklum balas yang positive daripada pihak universiti UPNM dan juga pelajar. Fasih Mandarin ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) yang telah banyak membantu untuk melancarkan perjalanan program ini. Kami amat berbesar hati apabila dijemput untuk menyertai program YES! We Are Ready x Edisi Universiti. 

Fasih%20Mandarin%20%Sinar%20Harian%iGLiv
Sinar Harian Bersama Fasih Mandarin Membincangkan Topik Kepentingan Menguasai Bahasa Mandarin.

Posted Mac 05, 2021

 

Pengarah Urusan Fasih Mandarin telah di jemput khas oleh Sinar Harian dalam temubual khas bagi membincangkan topik "Kepentingan Menguasai bahasa Mandarin, khususnya bagi yang bukan penutur Jati". Beberapa topik penting juga telah diulas didalam sesi temu bual yang berdurasi 38minit tersebut, diantara ialah, usia yang terbaik untuk menguasai bahasa Mandarin, teknik-teknik pembelajaran yang betul dan banyak lagi. Temu bual menerusi Instagram Live di Sinar Harian itu telah meraih maklum balas yang bagus dari rata-rata yang telah menonton. 

Fasih Mandarin Menandatangani MoU Bersama University di China (Beibu Gulf University).

Posted November 21, 2019

 

Fasih Mandarin baru-baru ini telah dilantik sebagai penterjemah rasmi kepada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam rombongan rasmi kerajaan Malaysia ke Negara China. Dalam masa yang sama, Fasih Mandarin juga telah melangkah setapak lagi kehadapan di mana Fasih Mandarin telah dengan bangganya menandatangani Perjanjian Persefahaman (Memorandum of Understanding - MOU) dengan Beibu Gulf University. 

Kini, dengan rasminya Beibu Gulf University telah mengiktiraf modul dan cara pengajaran Fasih Mandarin untuk diguna pakai untuk mengajar penutur bukan jati untuk bertutur bahasa Mandarin. Dengan perjanjian ini juga, pihak Beibu Gulf Universiti juga bersetuju untuk menerima guru-guru Fasih Mandarin ke China bagi tujuan perkongsian pengalaman dan ilmu dalam pengajaran Bahasa Mandarin kepada penutur bukan jati. Di samping itu, pelajar-pelajar dibawah naungan Fasih Mandarin juga berpeluang untuk melawat ke Beibu Gulf University untuk menambah ilmu dan meluaskan pengalaman. Ini adalah seiring dengan objektf utama iaitu untuk melenyapkan jurang bahasa antara dua negara; Malaysia dan China.

Dengan bantuan dan sokongan padu oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Fasih Mandarin kini sangat berbangga kerana dapat penyumbangkan semula ilmu yang dipelajari kepada negara Malaysia dan sekaligus, akan memanfaatkan anak bangsa dan seluruh rakyat Malaysia secara menyeluruh. 

Fasih Mandarin HRDF Claimable02.JPG
Fasih Mandarin Kini Berdaftar Dengan HRDCorp Malaysia Sebagai Penyedia Latihan.

Posted September 19, 2019

 

Kami di Fasih Mandarin telah dengan jayanya berdaftar dengan Human Resources Development Corporation (HRDCorp). Oleh yang demikian, kami dengan bangganya mengumumkan yang kini, semua kursus yang ditawarkan di Fasih Mandarin boleh di dituntut sepenuhnya bagi syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Human Resources Development Corporation (HRDCorp) Malaysia melalui Skim Bantuan Latihan (SBL). 

 

Ini adalah selaras dengan misi Fasih Mandarin di mana kami inginkan lebih ramai rakyat Malaysia  menguasai Bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua. Kini akan menjadi lebih mudah dengan bantuan dari Skim Bantuan Latihan (SBL) yang disediakan oleh HRDCorp Malaysia. 

Fasih Mandarin Bersiaran Secara Langsung di Seri Pentas, TV3 untuk Rancangan Malaysia Hari Ini (MHI).

Posted Aug 14, 2019

 

Fasih Mandarin bergerak setapak lagi melangkah ke peringkat yang lebih tinggi di mana kami bersiaran secara langsung untuk menggalakkan anak-anak bangsa untuk belajar bertutur dalam Bahasa Mandarin. Kami juga menekankan kepentingan dan kelebihan untuk mereka-mereka yang berjaya menguasai Bahasa Mandarin ini dari segi perniagaan dan juga kerjaya.

Kami juga menekankan yang mana semua tenaga pengajar kami terdiri dari guru-guru melayu yang belajar Bahasa Mandarin dari "Kosong Asas" dan kini kami fasih bertutur seperti rakyat dari negara China. Dengan inilah terhasil modul kami sendiri yang di buat khas untuk pengajar pelajar-pelajar yang bukan menutur jati untuk menguasai Bahasa Mandarin dengan mudah dan cepat, InsyaAllah. 

MHI Cover.JPG
MHI - 1.JPG
MHI - 2.JPG
MHI - 4.JPG
MHI - 3.JPG
Seperti Yang Terpapar di Akhbar - The Star Educate

Posted September 1, 2017

Seperti yang terpapar di akhbar "The Star", selama 5 tahun mempelajari Bahasa Mandarin di Beijing, China, kini kembali ke tanah air untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk Fasih Mandarin.

https://www.thestar.com.my/news/education/2017/01/01/at-home-with-another-language/

Tuisyen Kanak-Kanak kembali berjalan seperti biasa selepas Cuti Hari Raya.

Posted June 28, 2018

 

Tuisyen untuk kanak-kanak sekolah rendah kini kembali seperti biasa selepas Cuti Hari Raya. Comel tengok kanak-kanak datang ke kelas dengan baju raya masing-masing.

 

Guru-guru kami yang sangat mesra dengan kanak-kanak membuatkan mereka sangat selesa dan gembira sepanjang tempoh pembelajaran. Semoga skill berbahasa Mandarin yang dipelajari memberi manfaat kepada mereka di masa hadapan. 

Mahir Bahasa Mandarin dalam tempoh 60 jam - Kosmo!

Posted June 26, 2018

 

Kepentingan berbahasa Mandarin terpulang kepada keperluan individu. Namun, tidak dinafikan kelebihan berbahasa Mandarin membuka lebih banyak peluang kerjaya dan bisnes di dalam dan di luar negara. Sama seperti kelebihan memiliki kemahiran berbahasa Inggeris dan juga kemahiran-kemahiran lain. 

Jadi bekalkan anak-anak kita dengan kemahiran-kemahiran yang boleh membantu mereka di masa depan. Salah satu kemahiran adalah kemahiran berbahasa Mandarin. 

Klik untuk baca di Kosmo!

Kosmo-Fasih-Mandarin-1.JPG
Kosmo-Fasih-Mandarin-2.JPG
Kosmo-Fasih-Mandarin-3.JPG
Pendaftaran Batch Yang Ke-10 (Asas Mandarin)

Posted Februari 13, 2018

 

Fasih Mandarin berkembang dari hari ke hari. Hari ini, pendaftaran untuk pengambilan Batch yang ke-10 sedang berlangsung. Anda bila lagi? 

Fasih.Mandarin.Registration.002
Fasih.Mandarin.Registration.002

press to zoom
Fasih.Mandarin.Registration.003
Fasih.Mandarin.Registration.003

press to zoom
Fasih.Mandarin.Registration.001
Fasih.Mandarin.Registration.001

press to zoom
Fasih.Mandarin.Registration.002
Fasih.Mandarin.Registration.002

press to zoom
1/3
Graduasi Sulung (Asas Mandarin)

Posted Disember 22, 2017

 

Graduasi sulung kami untuk Asas Mandarin. Semua pelajar kami amat gembira dengan pencapaian masing-masing.

Pihak Fasih Mandarin amat berbangga dan sangat berpuas hati melihat hasil dari modul latihan kami sendiri. 

Aturcara Akan Datang

 

Pengambilan untuk kelas bahasa Mandarin Dewasa bagi semua Cawangan kini dibuka untuk tahun 2022. Jangan ketinggalan kerana tempat adalah terhad.

Pengambilan untuk kelas bahasa Mandarin kanak-kanak bagi semua Cawangan kini dibuka untuk Tahun 2022. Jangan ketinggalan kerana tempat adalah terhad.

Kini kelas bahasa Mandarin secara "ONLINE" juga ditawarkan. Keistimewaan kelas secara ONLINE adalah setiap sesi akan dirakam untuk rujukan pelajar. 

 

Kelas ONLINE ditawarkan untuk dewasa dan kanak-kanak untuk pembelajaran secara berkumpulan atau persendirian.