


Menerapkan Elemen Keseronokan & Praktikal dalam Pembelajaran
FMKiDS Montessori percaya bahawa cara yang paling berkesan untuk belajar ialah apabila pelajar menikmati sesi pembelajaran. Oleh itu, pendekatan pengajaran kami ialah gabungan aspek pembelajaran bersifat akademik dan bukan akademik. Kami fokus kepada memastikan kanak-kanak memahami pembelajaran sambil berseronok mempelajarinya.
Memupuk Anak Anda Menjadi Serba Boleh
Islam mengajar setiap orang Muslim dan Muslimat untuk berusaha mewujudkan keseimbangan antara pencapaian duniawi dan akhirat. Antara objektif FMKiDS Montessori ialah memupuk pengetahuan rohani dan intelek kanak-kanak dalam silibus pembelajaran kami.
Melangkaui Sempadan Dunia dengan Bahasa
FMKiDS Montessori berusaha untuk memastikan pelajar kami mencapai potensi mereka. Melalui kelas bahasa, kanak-kanak diberi peluang untuk meneroka dunia dan mencari kelebihan masing-masing.
Mengamanahkan Anak Anda dengan Guru Kami yang Berdedikasi
Semua guru FMKiDS Montessori dilatih secara profesional untuk menggunakan kaedah pengajaran piawai dan memastikan kanak-kanak capai hasil pembelajaran.
Sesi
PAGI
7.30pagi - 11:30pagi
8-9 tahun
PETANG
2:00petang - 6:00petang
10-11 tahun
Subjek yang ditawarkan

Tilawah Al-Quran & Fardhu Ain
Kelas Mengaji Al-Quran & Fardhu Ain kanak-kanak sejajar dengan silibus KAFA dari JAKIM & JAIP
Bahasa Inggeris
Kelas Inggeris kanak-kanak sejajar dengan silibus Cambridge Assessment English
Bahasa Arab
Kelas Arab kanak-kanak sejajar dengan silibus KAFA dari JAKIM & JAIP
Bahasa Mandarin
Kelas Mandarin kanak-kanak sejajar dengan silibus Chinese Proficiency Test (HSK) & Youth Chinese Test (YCT)
Kenapa memilih FMKiDS Montessori?
Sesi Pembelajaran Yang Interaktif
Kami menyediakan pelbagai jenis aktiviti dan permainan yang menarik dalam kelas.
Pusat Setempat Perkembangan Minda (Enrichment Centre)
Kami berperanan sebagai pusat jagaan kanak-kanak di Kuantan dan tempat terbaik untuk anak anda menimba ilmu sewaktu anda bekerja.
Guru Yang Berdedikasi & Bertauliah
Guru kami dilatih menggunakan sukatan pembelajaran yang diperakui antarabangsa untuk
membimbing kanak-kanak.
Makanan Disediakan Setiap Hari
Kami menyediakan makanan ringan dan minuman yang berkhasiat kepada anak anda.

AMBILAN 2022 KUANTAN KINI DIBUKA
DAFTAR SEKARANG!
Hubungi Kami
Untuk mengatur lawatan atau mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Kaunselor Akademik kami:
TELEFON
018-947 4630
018-915 4630
ALAMAT
No. A-51, 1st Floor, Jalan Tun Ismail 1,
Kuantan Perdana, 25000 Kuantan
Pahang, Malaysia