INFO TERKINI

Fasih Mandarin Menandatangani MoU Bersama University di China (Beibu Gulf University).

Posted November 21, 2019

 

Fasih Mandarin baru-baru ini telah dilantik sebagai penterjemah rasmi kepada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam rombongan rasmi kerajaan Malaysia ke Negara China. Dalam masa yang sama, Fasih Mandarin juga telah melangkah setapak lagi kehadapan di mana Fasih Mandarin telah dengan bangganya menandatangani Perjanjian Persefahaman (Memorandum of Understanding - MOU) dengan Beibu Gulf University. 

Kini, dengan rasminya Beibu Gulf University telah mengiktiraf modul dan cara pengajaran Fasih Mandarin untuk diguna pakai untuk mengajar penutur bukan jati. Dengan perjanjian ini juga, pihak Beibu Gulf Universiti juga bersetuju untuk menerima guru-guru Fasih Mandarin ke China bagi tujuan perkongsian pengalaman dan ilmu dalam pengajaran Bahasa Mandarin kepada penutur bukan jati. Di samping itu, pelajar-pelajar dibawah naungan Fasih Mandarin juga berpeluang untuk melawat ke Beibu Gulf University untuk menambah ilmu dan meluaskan pengalaman. Ini adalah seiring dengan objektf utama iaitu untuk melenyapkan jurang bahasa antara dua negara; Malaysia dan China.

Dengan bantuan dan sokongan padu oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Fasih Mandarin kini sangat berbangga kerana dapat penyumbangkan semula ilmu yang dipelajari kepada negara Malaysia dan sekaligus, akan memanfaatkan anak bangsa dan seluruh rakyat Malaysia secara menyeluruh. 

Fasih Mandarin Kini Berdaftar Dengan HRDF Malaysia Sebagai Penyedia Latihan.

Posted September 19, 2019

 

Kami di Fasih Mandarin telah dengan jayanya berdaftar dengan Human Resources Development Fund (HRDF). Oleh yang demikian, kami dengan bangganya mengumumkan yang kini, semua kursus yang ditawarkan di Fasih Mandarin boleh di dituntut sepenuhnya bagi syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Human Resources Development Fund (HRDF) Malaysia melalui Skim Bantuan Latihan (SBL). 

 

Ini adalah selaras dengan misi Fasih Mandarin di mana kami inginkan lebih ramai rakyat Malaysia  menguasai Bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua. Kini akan menjadi lebih mudah dengan bantuan dari Skim Bantuan Latihan (SBL) yang disediakan oleh HRDF Malaysia. 

Fasih Mandarin Bersiaran Secara Langsung di Seri Pentas, TV3 untuk Rancangan Malaysia Hari Ini (MHI).

Posted Aug 14, 2019

 

Fasih Mandarin begerak setapak lagi melangkah ke peringkat yang lebih tinggi di mana kami bersiaran secara langsung untuk menggalakkan anak-anak bangsa untuk belajar bertutur dalam Bahasa Mandarin. Kami juga menekankan kepentingan dan kelebihan untuk mereka-mereka yang berjaya menguasai Bahasa Mandarin ini dari segi perniagaan dan juga kerjaya.

Kami juga menekankan yang mana semua tenaga pengajar kami terdiri dari guru-guru melayu yang belajar Bahasa Mandarin dari "Kosong Asas" dan kini kami fasih bertutur seperti rakyat dari negara China. Dengan inilah terhasil modul kami sendiri yang di buat khas untuk pengajar pelajar-pelajar yang bukan menutur jati untuk menguasai Bahasa Mandarin dengan mudah dan cepat, InsyaAllah. 

Tuisyen Kanak-Kanak kembali berjalan seperti biasa selepas Cuti Hari Raya.

Posted June 28, 2018

 

Tuisyen untuk kanak-kanak sekolah rendah kini kembali seperti biasa selepas Cuti Hari Raya. Comel tengok kanak-kanak datang ke kelas dengan baju raya masing-masing.

 

Guru-guru kami yang sangat mesra dengan kanak-kanak membuatkan mereka sangat selesa dan gembira sepanjang tempoh pembelajaran. Semoga ilmu yang dipelajari memberi manfaat kepada mereka. 

Mahir Bahasa Mandarin dalam tempoh 60 jam - Kosmo!

Posted June 26, 2018

 

Kepentingan berbahasa Mandarin terpulang kepada keperluan individu. Namun, tidak dinafikan kelebihan berbahasa Mandarin membuka lebih banyak peluang kerjaya dan bisnes di dalam dan di luar negara. Sama seperti kelebihan memiliki kemahiran berbahasa Inggeris dan juga kemahiran-kemahiran lain. 

Jadi bekalkan anak-anak kita dengan kemahiran-kemahiran yang boleh membantu mereka di masa depan. Salah satu kemahiran adalah kemahiran berbahasa Mandarin. 

Klik untuk baca di Kosmo!

Pendaftaran Batch Yang Ke-10 (Asas Mandarin)

Posted Februari 13, 2018

 

Hari pendaftaran untuk pengambilan Batch yang ke-10 sedang berlangsung. Anda bila lagi? 

Graduasi Sulung (Asas Mandarin)

Posted Disember 22, 2017

 

Graduasi sulung kami untuk Asas Mandarin. Semua pelajar kami amat gembira dengan pencapaian masing-masing.

Pihak Fasih Mandarin amat berbangga dan sangat berpuas hati melihat hasil dari modul latihan kami sendiri. 

Seperti Yang Terpapar di Akhbar - The Star Educate

Posted September 1, 2017

 

Seperti yang terpapar di akhbar, selama 5 tahun mempelajari Bahasa Mandarin di Beijing, China, kini kembali ke tanah air untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk Fasih Mandarin.

Upcoming Events

 

Pengambilan untuk semua Cawangan sedang dibuka untuk Sesi Aug - Sept 2020. Jangan ketinggalan kerana tempat adalah terhad.

Pengambilan untuk kelas kanak-kanak di semua Cawangan telah dibuka untuk Tahun 2020. Jangan ketinggalan kerana tempat adalah terhad.

Pengambilan untuk Cawangan Penang & Alor Setar telah dibuka untuk Sesi Aug - Sept 2020. Jangan ketinggalan kerana tempat adalah terhad.

Fasih Mandarin

Ikuti Kami Di

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

© 2019 BY FASIH MANDARIN. PROUDLY DESIGNED BY WWW.SZ-CONSULTANT.COM