KURSUS KAMI

Kursus yang ditawarkan adalah mengikut kesesuaian umur kanak-kanak dan dewasa bagi memastikan cara pengajaran kami mudah difahami. Kami amat mengutamakan KUALITI pengajaran bagi memastikan semua pelajar mendapat manfaat sepenuhnya sepanjang tempoh kursus. 
Kursus yang kami sediakan membolehkan pelajar-pelajar boleh bertutur bahasa Mandarin seawal tempoh 30 Jam (Beginner). Disamping itu, kami menyediakan khidmat bantuan PERCUMA SEPANJANG HAYAT yang mana "Group Support WhatsApp" disediakan bagi menjawab sebarang pertanyaan dari setiap pelajar yang berdaftar. 
Guru-guru kami adalah yang terpilih dikalangan Graduan Melayu yang berkelayakan Ijazah Kesusasteraan Mandarin daripada "Beijing Foreign Studies University, Beijing, China". Berbekalkan pengalaman mereka mempelajari Bahasa Mandarin di Negara China, kaedah dan teknik yang sama akan digunapakai di dalam modul kami.
Kami juga menyediakan pilihan kursus bahasa mandarin "berkumpulan" dan "berseorangan" mengikut kehendak pelajar. Sekiranya anda mempunyai asas Mandarin, anda boleh menghubungi kami untuk penilaian dari pelatih yang berdaftar bagi memastikan tahap yang perlu anda mulakan (Beginner atau Intermediate).
Dalam masa yang sama, kami juga menawarkan kursus bahasa mandarin untuk Jabatan-jabatan Kerajaan dan juga Syarikat-syarikat Swasta. Dan kini, kami telah dengan jayanya berdaftar sebagai Penyedia Latihan (Training Provider) dengan HRDF Malaysia dan dengan ini, syarikat-syarikat yang juga berdaftar dengan HRDF boleh membuat tuntutan penuh untuk semua kursus yang kami tawarkan melalui Skim Bantuan Latihan (SBL) yang di sediakan oleh HRDF Malaysia. 
 
Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan. Terima kasih. 

PILIHAN JADUAL WAKTU KELAS

KELAS BERKUMPULAN - DEWASA

Tempoh pembelajaran untuk setiap kumpulan adalah 28 jam dan sesi pembelajaran adalah 2 kali seminggu bagi Pilihan 1 & 2.
 
Manakala untuk Pilihan 3, 4 & 5, sesi pembelajaran hanyalah 1 kali seminggu untuk Jumaat, Sabtu & Ahad.
Pilihan Jadual Kelas :

KELAS BERKUMPULAN - KANAK-KANAK (7 - 12 TAHUN)

Tempoh pembelajaran untuk setiap kumpulan kanak-kanak adalah untuk sepanjang tahun. Sesi pembelajaran untuk setiap kumpulan hanyalah seminggu sekali. 
Pilihan Jadual Kelas :

KELAS PERSENDIRIAN - DEWASA DAN KANAK-KANAK

Tempoh pembelajaran untuk setiap pendaftaran adalah 28 jam dan sesi pembelajaran adalah bebas mengikut persetujuan antara guru dan pelajar. 
Pilihan Jadual Kelas :
Pilihan adalah bebas mengikut kehendak dan jadual pelajaar.

KELAS ONLINE

Tempoh pembelajaran untuk setiap pendaftaran adalah 28 jam dan sesi pembelajaran adalah bebas mengikut persetujuan antara guru dan pelajar. 
Pilihan Jadual Kelas :
Pilihan adalah bebas mengikut kehendak dan jadual pelajaar.

Kesemua Cawangan

Seluruh Malaysia

PROMOSI!

HANYA

RM 99 SEBULAN

Kesemua Cawangan

Kesemua Cawangan

Seluruh Malaysia

Kesemua Cawangan

whatsapp-icon-vector-logo.jpg
whatsapp-icon-vector-logo.jpg

HASIL PEMBELAJARAN

KURSUS ASAS MANDARIN (BEGINNER)

  • Peserta boleh menyebut setiap kosa kata dengan tepat menggunakan nada yang betul
  • Peserta boleh memperkenalkan diri dan rakan dengan betul dan penuh keyakinan
  • Peserta berupaya menyebut nombor 1 sehingga 1,000,000 dengan mudah dan bertanya/memberi arahan berkaitan nombor dengan mudah
  • Peserta berupaya untuk beritahu peruntukan masa, bertanya waktu jam dan beritahu waktu jam
  • Peserta berupaya menceritakan perihal keluarga dan saudara-mara. Disambing dapat mempelajari pelbagai kerjaya dalam Bahasa Mandarin
  • Peserta berupaya beritahu jumlah/kadar wang (bilangan, nilai dan lain-lain) dan berupaya mengadakan sesi jual beli dan juga tawar menawar
  • Peserta berupaya menyebut 7 hari dalam seminggu, tarikh dan aktiviti/hobi dan jadual kerja/rumah seharian
  • Peserta berupaya membuat pesanan makanan dengan yakin dan juga mampu untuk menyebut dan membezakan nama-nama jenis makanan yang dipelajari sepanjang topik
  • Peserta boleh menerangkan hobi masing-masing dan berupaya membuat rancangan mengenai aktiviti yang akan/telah dilakukan pada masa lapang

KURSUS PERINGKAT PERTENGAHAN (INTERMEDIATE)

  • Peserta berupaya mengumpul/menerima maklumat serta berupaya membuat tempahan bilik dan restoran mengikut perangcangan yang telah dilakukan
  • Peserta bileh menerangkan, menggambarkan dan bertanya tentang keadaan cuaca, suhu dan musim
  • Peserta boleh beritahu tentang keadaan kesihatan, jenis penyakit (normal) dan mengenali anggota badan secara menyeluruh
  • Peserta berupaya bertanyakan dan memberitahu arah untuk ke sesuatu lokasi, membuat andaian jarak dan masa yang diperuntukkan
 
  • Peserta berupaya bertanya dan memberi maklumat durasi masa untuk lokasi tertentu
  • Peserta berupaya memberitahu dan menerima sebarang arahan kerja dalam pejabat (sewaktu bekerja)

KURSUS PERINGKAT ATAS (ADVANCE)

  • Peserta berupaya berbual dengan lebih mendalam tentang kehidupan dan pengalaman
  • Peserta berupaya membuat perbandingan dengan jelas dan teliti ketika/semasa membuat sebarang pembelian
  • Peserta berupaya untuk memberi, menerima dan membuat rundingan sebut harga untuk perniagaan​
  • Peserta berupaya membuat perancangan aktiviti dengan teliti dan tepat
  • Peserta dapat membuat keputusan tentang sesuatu perkara/keputusan
  • Peserta dapat menutup perjanjian bersama pelanggan dengan lebih cekap dan yakin 
whatsapp-icon-vector-logo.jpg
whatsapp-icon-vector-logo.jpg

Fasih Mandarin

Ikuti Kami Di

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

© 2019 BY FASIH MANDARIN. PROUDLY DESIGNED BY WWW.SZ-CONSULTANT.COM

Fasih.Mandarin.014