KURSUS KAMI

Kursus yang ditawarkan adalah mengikut kesesuaian umur kanak-kanak dan dewasa bagi memastikan cara pengajaran kami mudah difahami. Kami amat mengutamakan KUALITI pengajaran bagi memastikan semua pelajar mendapat manfaat sepenuhnya sepanjang tempoh kursus. 
Kursus yang kami sediakan membolehkan pelajar-pelajar boleh bertutur bahasa Mandarin seawal tempoh 24 Jam (Beginner). Disamping itu, kami menyediakan khidmat bantuan PERCUMA SEPANJANG HAYAT yang mana "Group Support WhatsApp" disediakan bagi menjawab sebarang pertanyaan dari setiap peserta di luar waktu kelas. 
Tenaga pengajar kami adalah yang terpilih dikalangan Graduan Melayu yang berkelayakan Ijazah Kesusasteraan Mandarin daripada university di China atau berkelulusan HSK 6 (Tahap Kecekapan Tertinggi Bahasa Mandarin). Semua tenaga pengajar kami adalah yang terlatih pengikut piawaian kaedah pembelajaran yang telah ditetapkan untuk memastikan setiap tenaga pengajar penggunakan cara pengajaran dan pendekatan yang sama bagi memastikan quality pembelajaran.
Kursus Apa Yang Sesuai Untuk Saya?
Soalan lazim yang sering ditanya. Bagi memastikan setiap perserta mendapat pengalaman pembelajaran yang terbaik, kami menyediakan beberapa jenis kursus untuk dipilih mengikut kesesuaian peserta seperti berikut:
  • Kursus Berkumpulan (Dewasa & Kanak-kanak)
Kursus secara berkumpulan adalah antara yang menjadi pilihan kerana harga yang berpatutan, dapat berjumpa rakan-rakan baru yang mempunyai minat yang sama untuk fasih berbahasa Mandarin. Kursus ini sesuai untuk yang bekerja dan yang masih belajar kerana jadual pembelajaran adalah di waktu malam dan hujung minggu.​
  • Kursus Perseorangan (Dewasa & Kanak-kanak)
Kursus secara perseorangan amat popular dikalangan profesional yang sibuk dan yang bekerja shift kerana kursus ini dijalankan secara 1 kepada 1 dengan jadual waktu yang fleksibel mengikut kehendak perserta. Kursus ini jugak amat popular di kalangan ibubapa yang sibuk dan mahukan 100% tumpuan penuh diberikan hanya untuk anak-anak mereka. Kursus ini boleh dijalankan di cawangan terdekat atau pun di kediaman perserta.​
  • Kursus Atas Talian (Online) Secara Berkumpulan atau Perseorangan (Dewasa & Kanak-kanak)
Kursus atas talian adalah amat popular kerana harga yang sangat berpatutan dan juga memudahkan semua perserta kerana peserta boleh penyertai kursus dari rumah masing-masing. Keistimewaan kursus ini adalah kami akan menyediakan rakaman untuk setiap kelas sebagai bahan rujukan untuk semua peserta secara percuma. Berdasarkan pengalaman kami, hasil pembelajaran secara atas talian adalah sama seperti kelas secara bersemuka kerana teknologi yang kami gunakan tidak menjejaskan quality suara dan visual. Selain itu, semua tenaga pengajar kami adalah terlatih dengan cara-cara memberi tumpuan dan perhatian penuh melalui visual terhadap setiap perserta mahupun kanak-kanak. 
  • Kursus Korporat
Kursus korporate kursus yang ditawarkan adalah untuk Jabatan-jabatan Kerajaan dan juga Syarikat-syarikat Swasta yang ingin menambah kemahiran berbahasa mandarin kepada kakitangan. Kursus boleh dijalankan di cawangan terdekat kami ataupun di premis syarikat itu sendiri. Kami juga berdaftar dengan HRDF sebagai Penyedia Latihan (Training Provider) dan dengan ini, syarikat-syarikat yang juga berdaftar dengan HRDF boleh membuat tuntutan penuh untuk semua kursus yang kami tawarkan melalui Skim Bantuan Latihan (SBL). 
Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau penerangan lebih lanjut. Terima kasih. 

PILIHAN JADUAL WAKTU KELAS

KELAS BERKUMPULAN - DEWASA

Jumlah waktu pembelajaran adalah 14 jam untuk setiap kursus (Beginner 1, Beginner 2, Intermediate 1 & Intermediate 2).
Hari minggu:
2 kali seminggu (2 jam/sesi) - kelas malam
 
Hujung minggu: 
1 kali seminggu (3 jam/sesi) - kelas pagi atau petang
Pilihan Jadual Kelas :
 
Hari Minggu            :  8.00pm hingga 10.00pm
(Isnin & Selasa)
(Rabu & Khamis)
Hujung Minggu       :  9.00am hingga 12pm
(Sabtu)

KELAS SECARA "ONLINE" JUGA DITAWARKAN

KELAS BERKUMPULAN - KANAK-KANAK (BERUMUR 7 - 12 TAHUN)

Tempoh pembelajaran untuk setiap kumpulan kanak-kanak adalah untuk sepanjang tahun. Sesi pembelajaran untuk setiap kumpulan hanyalah seminggu sekali dengan tempoh pembelajaran selama 1.5 jam/sesi.

KELAS SECARA "ONLINE" JUGA DITAWARKAN

Pilihan Jadual Kelas :
 
Hari Minggu             :  8.00pm hingga 9.30pm
(Isnin - Jumaat)
Hujung Minggu.       :  12.30pm hingga 2pm
(Sabtu)

KELAS PERSENDIRIAN - DEWASA DAN KANAK-KANAK

Kelas secara persendirian adalah terbahagi kepada beberapa sesi untuk pilihan pelajar bermula dengan 4 sesi, 8 sesi, 12 sesi & 16 sesi. Jumlah sesi boleh di tambah mengikut keselesaan pelajar. Penyertaan berkumpulan tidak melebihi 4 peserta boleh dipertimbangkan untul pilihan kursus ini. 
Pilihan Jadual Kelas :
Pilihan adalah bebas mengikut kehendak dan jadual pelajar.

HASIL PEMBELAJARAN

KURSUS ASAS MANDARIN 1

  • Boleh mengenal dan memahami 100+ kosakata asas Mandarin
  • Boleh mengenali dan menguasai sebutan 4 nada, 21 fonem awal dan 6 fonem akhir
  • Dapat berkomunikasi menggunakan asas bahasa Mandarin
  • Dapat memahami arahan asas, bersoal jawab dalam bahasa Mandarin dengan gaya bahasa yang betul
  • Dapat melaksanakan perbualan harian dalam bahasa Mandarin

KURSUS ASAS MANDARIN 2

  • Boleh mengenal dan memahami 200+ kosakata asas Mandarin
  • Boleh memahami tatabahasa dan struktur ayat dalam bahasa Mandarin
  • Dapat membina ayat-ayat mudah dalam bahasa mandarin
  • Dapat memahami arahan dan bersoal jawab dalam bahasa Mandarin dengan gaya bahasa yang betul di peringkat pertengahan
  • Dapat melaksanakan lebih banyak perbualan harian
  • Layak untuk menduduki peperiksaan kecekapan Mandarin (HSK 1) - Sijil yang diiktiraf secara global

KURSUS TAHAP PERTENGAHAN MANDARIN

  • Boleh mengenal dan memahami 400+ kosakata Mandarin
  • Boleh memahami tatabahasa dan struktur ayat dalam bahasa Mandarin peringkat pertengahan
  • Dapat membina ayat-ayat yang lebih kompleks dalam bahasa mandarin
  • Dapat menulis karangan ringkas
  • Dapat melaksanakan komunikasi secara formal dan tidak formal
  • Layak untuk menduduki peperiksaan kecekapan Mandarin (HSK 2) - Sijil yang diiktiraf secara global

Fasih Mandarin

Ikuti Kami Di

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

© 2019 BY FASIH MANDARIN. PROUDLY DESIGNED BY WWW.SZ-CONSULTANT.COM

Fasih Mandarin 8