Fasih Mandarin Kini Berdaftar Dengan HRDCorp Malaysia Sebagai Penyedia Latihan.

Kemaskini: 23 Apr


Fasih Mandarin HRDC Training Provider

Kami di Fasih Mandarin telah dengan jayanya berdaftar dengan Human Resources Development Corporation (HRDCorp). Oleh yang demikian, kami dengan bangganya mengumumkan yang kini, semua kursus yang ditawarkan di Fasih Mandarin boleh di dituntut sepenuhnya bagi syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Human Resources Development Corporation (HRDCorp) Malaysia melalui Skim Bantuan Latihan (SBL).


Ini adalah selaras dengan misi Fasih Mandarin di mana kami inginkan lebih ramai rakyat Malaysia menguasai Bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua. Kini akan menjadi lebih mudah dengan bantuan dari Skim Bantuan Latihan (SBL) yang disediakan oleh HRDCorp Malaysia.


0 lihatan

Siaran Terkini

Lihat Semua