Fasih Mandarin Menandatangani MoU Bersama Beibu Gulf University, China

Fasih Mandarin baru-baru ini telah dilantik sebagai penterjemah rasmi kepada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam rombongan rasmi kerajaan Malaysia ke Negara China. Dalam masa yang sama, Fasih Mandarin juga telah melangkah setapak lagi kehadapan di mana Fasih Mandarin telah dengan bangganya menandatangani Perjanjian Persefahaman (Memorandum of Understanding - MOU) dengan Beibu Gulf University.

Kini, dengan rasminya Beibu Gulf University telah mengiktiraf modul dan cara pengajaran Fasih Mandarin untuk diguna pakai untuk mengajar penutur bukan jati untuk bertutur bahasa Mandarin. Dengan perjanjian ini juga, pihak Beibu Gulf Universiti juga bersetuju untuk menerima guru-guru Fasih Mandarin ke China bagi tujuan perkongsian pengalaman dan ilmu dalam pengajaran Bahasa Mandarin kepada penutur bukan jati. Di samping itu, pelajar-pelajar dibawah naungan Fasih Mandarin juga berpeluang untuk melawat ke Beibu Gulf University untuk menambah ilmu dan meluaskan pengalaman. Ini adalah seiring dengan objektf utama iaitu untuk melenyapkan jurang bahasa antara dua negara; Malaysia dan China.

0 lihatan

Siaran Terkini

Lihat Semua