TENTANG FASIH MANDARIN

KENAPA KAMI BUAT APA YANG KAMI BUAT

Kenapa kami buat apa yang kami buat adalah kerana kami CAKNA. Kami faham akan kepentingan bahasa Mandarin di dunia yang semakin mencabar. Dengan globalisasi dunia, permintaan terhadap penutur bahasa Mandarin semakin meningkat. Bahasa Mandarin, adalah bahasa yang penggunaannya sangat meluas di seluruh dunia dan ini akan memberi kelebihan kepada sesiapa yang berjaya menguasai bahasa Mandarin. Oleh itu, adalah kepuasan dan kejayaan kami untuk membantu anda semua menguasai bahasa yang penting ini bagi membuka lebih banyak peluang-peluang kajayaan di masa depan. Marilah belajar bahasa Mandarin dengan kami!

UCAPAN SELAMAT DARI PENGASAS FASIH MANDARIN

Saya selaku Pengasas Fasih Mandarin, ingin mengucapkan ribuan terima kasih ​kerana melayari website kami. 
 

Fasih Mandarin ditubuhkan dengan satu matlamat iaitu untuk membantu mereka yang ingin menguasai bahasa Mandarin dengan cara yang paling mudah dan berkesan. Modul latihan yang kami sediakan adalah khusus untuk membantu mereka yang langsung tidak mempunyai asas Mandarin. 

 

Modul latihan yang disediakan adalah berdasarkan pengalaman dan kepayahan saya sendiri semasa menuntut di Beijing dalam bidang "Kesusasteraan Bahasa Mandarin". Saya terbang ke Beijing tanpa sebarang asas bahasa Mandarin dan kini, saya fasih bertutur bahasa Mandarin. Berbekalkan pengalaman & kepayahan yang saya lalui, saya telah berjaya menghasilkan cara pendekatan pengajaran, kaedah pembelajran dan strategi latihan yang sangat efektif untuk membantu penguasaan bahasa Mandarin dengan cara yang paling MUDAH dan CEPAT.

Kini, kami telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Pusat Bahasa Bertafdar. Ini membuktikan yang mana kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada semua peserta Fasih Mandarin.

 

Disamping itu, kami juga berdaftar dengan HRDF Malaysia sebagai Penyedia Latihan. Dengan ini, kami amat berbesar hati kerana kami kini berpeluang untuk penyokong semua syarikat-syarikat yang berdaftar dengan HDRF untuk menambah kemahiran berbahasa Mandarin kepada semua kakitangan disamping kos pembelajaran boleh dituntut sepenuhnya melalui Skim Bantuan Latihan (SBL). 

Harapan saya hanya satu, dengan ilmu dan pengalaman yang saya ada, saya ingin membantu lebih ramai anak bangsa untuk menguasai bahasa kedua terpenting di Dunia. Dengan menguasai bahasa Mandarin, ia akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan, perniagaan dan menjamin masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak kita, InsyaAllah.



Sekian, terima kasih.

Ikhlas dari, 



Shah Farid Rashid
Pengasas Fasih Mandarin

UCAPAN SELAMAT DARI KETUA BAHAGIAN LATIHAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

 

大家好!da jia hao!

 

Saya mewakili tenaga pengajar Fasih Mandarin ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kerana anda sudah mengambil langkah pertama untuk memulakan perjalanan untuk belajar bahasa Mandarin!

Kami di Fasih Mandarin yakin anda mampu menguasai bahasa Mandarin dengan mudah berbekalkan teknik pengajaran dan modul pembelajaran yang diciptakan khas untuk penutur bukan jati. “Lao shi” ( tenaga pengajar) di Fasih Mandarin sentiasa sedia membantu anda merealisasikan impian anda untuk fasih berbahasa Mandarin.

 

Kursus yang menyoronokkan dan interaktif pasti membuatkan anda semua teruja untuk belajar bersama kami. Pelbagai aktitiviti menarik akan dijalankan sepanjang kelas termasuk lakonan, nyanyian, permainan bahasa dan latihan secara praktikal bagi pembantu process pembelajaran. Bimbingan secara maya menggunakan applikasi “WhatssApp” juga disediakan untuk membantu process pembelajaran & latihan di luar kelas.

 

Lengkapkan diri anda dengan kemahiran berbahasa Mandarin agar anda lebih berdaya saing dan meningkatkan peluang kejayaan dalam pelbagai bidang.

 

Jumpa di kursus nanti!

 

Terima Kasih (Xie xie)



Ikhlas dari, 



Nadia Nawawi
Ketua Bahagian Latihan

Fasih Mandarin

FASIH MANDARIN DI MEDIA

AKHBAR DAN TV

KENAPA PILIH FASIH MANDARIN?

  • Kami yakin bahawa "SEMUA ORANG BOLEH FASIH MANDARIN"!
  • Modul di buat khas untuk mereka yang langsung tidak mempunyai asas Mandarin.
  • Modul yang direka khas untuk memudahkan process pembelajaran berdasarkan pengalaman sendiri.
  • Kami menyediakan support group di applikasi "WhatsApp" untuk membantu semua pelajar-pelajar kami walaupun berada di luar kelas.
  • Untuk kanak-kanak, modul istimewa yang dibuat khas untuk menarik minat kanak-kanak untuk belajar dan mudah ingat.
  • Kemudahan dan suasana kelas yang sangat selesa.
  • Tempoh pembelajaran  yang singkat dan efektif. 
  • Sudah ramai yang Fasih Mandarin dengan bantuan kami.

SERTAI KAMI SEBAGAI TENAGA PENGAJAR

Ingin sertai kami sebagai tenaga pengajar? Kami amat mengalu-alukan semua permohonan yang berminat untuk sertai kami sebagai tenaga pengajar SAMBILAN atau SEPENUH MASA. 
Sila isi borang di bawah dengan lengkap dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Kami amat mengalu-alukan permohonan dari seluruh Malaysia. Terima Kasih. 
Borang Permohonan Tenaga Pengajar
arrow&v
arrow&v
Falsafah kami

Ilmu adalah pelaburan yang paling berharga. Selagi ilmu digunakan ke jalan yang diredhai-Nya, InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan. 

Untuk Renungan

Tuntulah ilmu.

Di saat kamu miskin, ia akan menjadi hartamu.

Di saat kamu kaya, ia akan menjadi perhiasanmu.

Fasih Mandarin

Ikuti Kami Di

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

© 2019 BY FASIH MANDARIN. PROUDLY DESIGNED BY WWW.SZ-CONSULTANT.COM