top of page

Sorotan Projek Korporat Fasih Mandarin

Selama bertahun-tahun, Fasih Mandarin telah menjalankan banyak projek dengan organisasi sektor kerajaan dan swasta. Kami ingin menunjukkan beberapa projek korporat yang kami percaya paling mewakili Fasih Mandarin.

Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Latihan Sumber Luar - Kursus Penulisan Perniagaan 

UTP adalah pelanggan lama kami dan universiti telah mengamanahkan kami dengan pelbagai kursus korporat untuk staff mereka. Untuk Kursus ini, kami menyediakan Kursus Penulisan Perniagaan Dalam Talian (Online) selama 2 Hari dengan bekerjasama dengan jurulatih HRDCorp yang bertauliah di bawah Fasih Mandarin. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan komunikasi Bahasa Inggeris dan kemahiran menulis perniagaan peserta dengan mempelajari cara-cara dan teknik yang berkesan untuk meningkatkan Kemahiran Menulis Perniagaan mereka.

Fasih Mandarin Corporate Mandarin Class with UTP

Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC)
Kursus Korporat Mandarin

Kursus ini direka khusus untuk kakitangan MHTC yang perlu menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantara semasa membantu pesakit dari China. Hasilnya, kakitangan kini boleh membimbing pesakit China sepanjang proses menerima rawatan perubatan di Malaysia, daripada membantu mereka di lapangan terbang hingga memberi panduan asas untuk kertas kerja yang perlu diisi di pejabat.

Fasih Mandarin Corporate Mandarin Class with MHTC

Management and Science Universiti (MSU)
Kerjasama Strategik Kursus Mandarin bersama Continuing & Extended Education Centre (CEDEC MSU)

Kursus ini direka khas untuk peserta CEDEC MSU  agar dapat melengkapkan mereka dengan kemahiran bahasa Mandarin peringkat permulaan dan pertengahan. Hasilnya, para peserta boleh berkomunikasi secara lancar pada peringkat permulaan atau pertengahan dengan rakan sekerja mereka dan pelanggan berbahasa Mandarin. 

Fasih Mandarin Corporate Mandarin Class with MSU

Iskandar Investment Berhad
Kerjasama dengan Educity Academy Johor

Kursus ini adalah kerjasama strategik dengan EduCity Academy dengan menjalankan kursus korporat Mandarin dalaman untuk Iskandar Investment Berhad. Matlamatnya adalah bagi melengkapkan para peserta dengan Bahasa Mandarin tahap pertengahan (bersamaan dengan HSK2) untuk kegunaan harian dan situasi di tempat kerja. Hasilnya, para peserta boleh menjalankan komunikasi peringkat pertengahan dengan rakan sekerja mereka dan pelanggan yang berbahasa mandarin. Mereka juga boleh menggunakan bahasa Mandarin untuk perbualan harian.

Fasih Mandarin Corporate Mandarin class with Educity Johor

Sekolah Islam Swasta Hati Murni
Kerjasama Strategik Kelas Mandarin Kanak-kanak

Melalui MoU yang ditandatangani pada 2021, Fasih Mandarin bekerjasama dengan Hati Murni untuk menambah bahasa Mandarin sebagai salah satu mata pelajaran yang ditawarkan kepada pelajar mereka.  Kursus kanak-kanak Fasih Mandarin melengkapkan pelajar bukan penutur jati (non-native speaker) dengan kemahiran Mandarin yang membolehkan mereka menduduki Pensijilan Antarabangsa Ujian Kemahiran Bahasa Cina (HSK). Antara hasil pembelajaran adalah pelajar dapat berkomunikasi dalam Mandarin pada tahap pertengahan di dalam kelas dan dalam situasi kehidupan seharian dengan individu lain.

Fasih Mandarin Corporate Mandarin Class with Hatimurni

Estée Lauder Malaysia
Mandarin Corporate Training
 

Kursus ini direka khas untuk staf Estee Lauder Companies  agar dapat melengkapkan mereka dengan kemahiran bahasa Mandarin peringkat permulaan. Hasilnya, para peserta boleh berkomunikasi secara lancar pada peringkat permulaan dengan rakan sekerja mereka dan pelanggan berbahasa Mandarin. 

Fasih Mandarin Corporate HRDF Claimable Mandarin Class with Estee Lauder Training

Testimoni

"Pengalaman belajar bahasa Mandarin dengan Fasih Mandarin sangat berkesan. Tenaga pengajar yang ditugaskan kepada saya untuk kelas persendirian, pendekatannya sangat bermaklumat dan komprehensif - memenuhi keperluan pengalaman pembelajaran pelajar."

Syafiqa Aida Jaffar,

Ex-Frontliner based in KLIA & Current PA to the CEO (MHTC)

Fasih Mandarin testimony Mandarin Class with MHTC Student

"Selepas saya mengikuti kursus Mandarin dengan Fasih Mandarin, saya boleh bercakap dan berkomunikasi dengan pembekal dari China. Ia membantu meningkatkan tahap keyakinan saya untuk bercakap di hadapan penutur bahasa Mandarin."

Fatin Afiqah, 

General Manager of Sugar Bomb

Fasih Mandarin testimony for Mandarin Class with Sugarbomb
bottom of page