top of page

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 

Walaupun sebagai syarikat start-up, Fasih Mandarin melakukan yang terbaik untuk berbakti kepada masyarakat Malaysia mengikut kemampuan kami. Kami percaya bahawa pendidikan adalah pelaburan yang terbaik dan juga adalah elemen yang penting dalam upskilling masyarakat. Fasih Mandarin amat mengalu-alukan lebih banyak NGO bekerjasama dengan kami untuk menjalankan projek CSR.

Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Shah Alam

Karnival Bahasa

Fasih Mandarin menganjurkan Karnival Bahasa Mandarin di Sekolah Menengah Sains Shah Alam, sebahagian daripada inisiatif CSR. Kami mempromosikan bahasa dan budaya Mandarin di Malaysia. Karnival ini bertujuan memperkenalkan pelbagai aspek budaya Cina melalui permainan, aktiviti dan pencarian harta karun yang menarik. Karnival ini disertai oleh para pelajar yang mengambil bahasa Cina sebagai bahasa ketiga di sekolah. Fasih Mandarin berterima kasih kepada pihak sekolah dan semua peserta kerana menjayakan program tersebut.

Fasih Mandarin CRS Mandarin Class for Adults for Sekolah Menengah Sains Shah Alam
Fasih Mandarin CRS Mandarin Class for Adults for Sekolah Menengah Sains Shah Alam

Malaysian Pharmacy Student Association (MyPSA)

Mandarin Crash Course 

Crash course selama sebulan ini direka khas untuk ahli MyPSA yang perlu menggunakan bahasa Mandarin sebagai medium komunikasi dengan pesakit dan pelanggan dalam bidang perubatan. Hasilnya, para peserta dapat melangkaui halangan bahasa dan menguasai frasa-frasa Mandarin yang bergunakan dalam pekerjaan perubatan mereka kelak.

Hanya dengan bayaran yuran komitmen yang minimum, para peserta dapat menikmati faedah pembelajaran bahasa Mandarin bersama Fasih Mandarin seperti bimbingan melalui Kumpulan WhatsApp, Penilaian, Pensijilan Pencapaian dan banyak lagi. 

Fasih Mandarin CRS Mandarin Class for Adults for MyPSA
Fasih Mandarin CRS Mandarin Class for Adults for MyPSA

MyFundAction Sabah

Bengkel Bahasa bersama Borneo YOSH Academy

Fasih Mandarin telah bekerjasama dengan Borneo YOSH melalui siri Borneo YOSH Academy. Kami telah mengadakan Bengkel Asas Mandarin secara online selama 2 jam untuk alumni Matrikulasi, Asasi, STPM & SPM Promax di Sabah.

 

Topik bengkel ialah "Chi Huo Survival Kit" yang fokus kepada Makanan & Minuman dalam bahasa Mandarin. Kelas Mandarin direka bentuk untuk mengajar kemahiran asas Mandarin berkaitan dengan cara pesan makanan dan minuman serta cara tawar-menawar harga dengan mudah.

Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur

Bengkel Kebudayaan Mandarin

Fasih Mandarin menganjurkan Program Budaya Mandarin semasa Tahun Baru Cina di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa sebagai sebahagian daripada initiasif CSR kami untuk mengukuhkan minat pelajar dalam bahasa Mandarin. Lebih 400 pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang mengikuti kelas Mandarin di sekolah menyertai program itu. Pelbagai aktiviti kebudayaan telah dijalankan untuk menarik minat pelajar dalam bahasa Mandarin seperti bercerita tentang sejarah Nian, buat DIY tanglung, kuiz Tahun Baru Cina dan lain-lain.  Program ini bertujuan untuk memupuk minat pelajar terhadap bahasa Mandarin dan budaya Cina. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Sekolah Kebangsaan Setiawangsa dan ribuan terima kasih kepada semua peserta kerana menjayakan acara tersebut. 

Fasih Mandarin CRS Mandarin Class for Adults for Borneo Yosh Academy
Fasih Mandarin CRS Mandarin Class for Adults for Borneo Yosh Academy
Fasih-Mandarin-CSR-SKS-Mandarin-Cultural-Day-3.webp
Fasih-Mandarin-Corporate-CSR-SKS-2.webp

Pink Unity (Cancer Support Group by NCSM)

Bengkel Asas Mandarin dengan Pink Unity

Fasih Mandarin telah bekerjasama dengan Pink Unity (kumpulan sokongan kanser wanita oleh National Cancer Society Malaysia). Kami menjalankan Bengkel Asas Mandarin selama 2 jam untuk cancer survivors wanita.

 

Bengkel ini bertujuan untuk mencetus minat para peserta dalam mempelajari bahasa Mandarin dan memberi mereka pendedahan tentang cara pengajaran Fasih Mandarin dalam kelas.  

Fasih Mandarin Scholarship

Biasiswa FM untuk kursus Mandarin Permulaan HSK1

Biasiswa FM oleh Fasih Mandarin telah ditubuhkan dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran masyarakat Malaysia. Melalui biasiswa ini, Fasih Mandarin memberi subsidi sehingga 60% daripada jumlah yuran kursus. Sepanjang tahun lalu, lebih 100 peserta telah berjaya menamatkan kursus Mandarin Permulaan HSK1 melalui Biasiswa FM menjadikan jumlah biasiswa yang telah ditawarkan bernilai lebih RM50,000. Fasih Mandarin mengalu-alukan dan menggalakkan lebih ramai orang merebut peluang seumur hidup ini untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka

Fasih Mandarin CRS Mandarin Class for Pink Unity
Fasih Mandarin CRS Mandarin Class for Pink Unity
Fasih Mandarin Courses Adult Beginner Mandarin Course 1.jpg
Fasih Mandarin Courses Adult Intermediate Mandarin Course 2.jpg

Talent Corp

Young Employable Students (YES!) collaborators

Fasih Mandarin officially joined TalentCorp as one of the Young Employable Students (YES!) collaborators through an MoU. We as the collaborator will share our expertise to increase the prospect knowledge and exposure to improve the graduate employability ecosystem for local talent. We are joining TalentCorp in YES! We Are Ready! roadshow to the universities in Malaysia.

Fasih-Mandarin-UPNM-TalentCorp-Malaysia-YESxUPNM.jpg
Fasih%Mandarin%Shah�rid%Rashid%TalentCorp%Malaysia%UPNM%YESxUPNM%Collaboration.jpg
bottom of page