Fasih Mandarin memulakan minggu ini dengan penuh semangat melalui Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) secara atas talian bersama Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (dahulu TARUC).
TARUMT ialah sebuah universiti swasta terkenal di Malaysia yang telah melahirkan ramai graduan berkualiti daripada programnya. Fasih Mandarin amat berbesar hati untuk menjalinkan hubungan ini dengan TARUMT.
