top of page

5 Kebaikan Belajar Bahasa Mandarin

Updated: 20 Jan 2023


Pernahkah anda terfikir untuk belajar bahasa baru tapi perasaan ragu-ragu tu masih ada bila nak mula? Apa kata anda mula dengan bahasa kedua terbesar di dunia, bahasa Mandarin?

Terdapat 1.12 bilion penutur bahasa ini di seluruh dunia! Memang tidak dinafikan lagi bahawa anda akan memperoleh kelebihan dari segi peribadi mahupun kerjaya. Apa sebenarnya kebaikan bahasa Mandarin ni? Jom kita tengok!

1. Pintu Peluang Terbuka Luas Untuk Anda

Seperti yang kita sedia maklum, sebenarnya ada banyak manfaat jika kita pandai bertutur dalam dalam pelbagai jenis bahasa, terutamanya pada zaman sekarang. Anda boleh mempergunakan kemahiran bahasa anda ketika memohon pekerjaan di syarikat multinasional khususnya jika mereka banyak berurusan dengan syarikat di China. Selain itu, banyak peluang pekerjaan yang memerlukan penutur bahasa Mandarin di Malaysia. Peluang pekerjaan akan terbuka luas dan anda pasti boleh mendapat pekerjaan tidak kira apa bidang yang anda minat! Terdapat juga peluang untuk membuat servis freelance seperti penterjemahan dan tutor.

2. Dapat Mengembangkan Rangkaian Kenalan

Belajar bahasa baru adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk memperluaskan kenalan anda! Dengan adanya 1.12 bilion penutur bahasa Mandarin , kita boleh berkawan dengan mereka dan mengambil peluang untuk mengasah pertuturan dalam bahasa Mandarin. Lebih bagus jika kita dapat berkenalan dengan penutur jati (native speakers) kerana anda boleh ikut dan secara tidak langsung belajar cara mereka menggunakan bahasa tersebut dan sebutan anda akan kedengaran lebih semula jadi.

3. Dapat Belajar Budaya Baru

Pernah tak anda terfikir kenapa kita banyak nampak budaya Cina yang berbeza-beza? Kalau anda nak tahu, negara China adalah sebuah negara yang besar dan kaya dengan sejarah bertulis yang berusia lebih daripada 3600 tahun! Bagi setiap etnik, adat dan seni semasa dinasti-dinasti yang berlainan di China adalah amat unik. Kalau kita belajar bahasa mereka, secara tidak langsungnya kita boleh mendalami budaya etnik-etnik kaum Cina, menarik kan? Dengan kefahaman budaya yang mendalam, kita dapat beramah mesra dan eratkan lagi hubungan bersama rakan kaum Cina kita, lebih-lebih lagi ketika Tahun Baru Cina yang akan datang.

4. Senang Untuk Berkomunikasi Ketika Melancong

Kalau anda suka melancong, anda memang patut menguasai bahasa Mandarin! Selain daripada China, banyak lagi negara lain yang menggunakan bahasa ini seperti Taiwan, Hong Kong, Macau, Singapura, Malaysia dan Thailand! Proses tawar-menawar untuk beli souvenir atau shopping pun jadi lebih senang!

5. Pengembangan Diri (Self-Development)

Setiap karakter Mandarin terdiri daripada strok dan bunyi yang berlainan dan jumlah karakter adalah lebih daripada 50,000! Memang mencabar nak ingat semua karakter kan? Tapi jangan risau, anda tak perlu hafal semua karakter tersebut. Memandangkan cara tulisan Mandarin adalah berlainan dengan cara penulisan bahasa Melayu dan Inggeris, minda kita akan terangsang semasa proses pembelajaran. Ia boleh membantu untuk menguatkan daya ingatan dan meningkatkan keupayaan pembelajaran anda. Tambahan pula, loghat yang berbeza secara tidak langsung akan melatih minda anda untuk berfikir di luar kotak.

Apa yang disenaraikan hanyalah sebahagian daripada kelebihan belajar bahasa Mandarin. Kalau anda rasa “Eh, dah lewat lah nak belajar bahasa ni!”, jangan risau kerana bak kata pepatah dalam Mandarin “活到老, 学到老(huó dào lǎo, xué dào lǎo)” yang bermaksud “menuntut ilmu tak kenal batas usia”.

Hubungi Kaunselor Pendidikan kami di Fasih Mandarin untuk memulakan langkah pertama anda dalam pembelajaran bahasa Mandarin. Bersama Fasih Mandarin, kami jamin proses pembelajaran anda akan menjadi lebih senang dan seronok!

23 lihatan

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page