top of page

Sebab kenapa anda perlu tengok C-drama!

Updated: 20 Jan 2023

Anda semua dah bosan tengok K-drama? Atau nak cari cerita dengan plot yang berlainan sikit? Jom kami perkenalkan drama Cina!

Walaupun mempunyai genre yang sama, dari drama bersejarah hingga ke moden, tetap ada perbezaan antara dua drama negara ini. K-drama kebiasaannya mempunyai 16-20 episod manakala C-drama mempunyai lebih daripada 30 episod! Sekarang anda dah tak payah selalu nak cari drama baru!

Selain itu, C-drama juga mempunyai plot yang lebih kompleks daripada K-drama, terutamanya genre fantasi dan wuxia. Wuxia bermaksud seni mempertahankan diri dan ianya ialah genre fiksyen Cina mengisahkan tentang pengembaran seni pertahankan diri di China. Ada juga plot yang membuatkan anda tak keruan! Apa kata anda cuba tengok dulu? Lagipun platform penstriman untuk C-drama juga dah banyak! Anda semua boleh strim di Netflix, WeTV, Tencent Video, iQIYI dan juga saluran rasmi di Youtube seperti MangoTV dan Youku!
Kalau anda tengah belajar Mandarin, menonton C-drama adalah cara yang terbaik untuk melatih kemahiran mendengar dan membaca. Anda semua boleh cuba teka loghat yang berbeza digunakan dalam drama; adakah ia daripada China, Taiwan, Hong Kong, Singapura ataupun Malaysia? Meskipun kebanyakan drama menggunakan Putonghua (Mandarin standard), ada beberapa perkataan atau perungkapan yang akan lain daripada apa yang anda pernah belajar! Anda juga boleh cuba untuk baca sarikata untuk meningkatkan pemahaman anda!

Tak tahu nak mula dari mana? Kami akan memperkenalkan beberapa drama yang mendapat rating yang tinggi di IMDb. Pertamanya ialah The Untamed (陈情令) dengan rating 8.8/10! Pelakon utama drama ini ialah Xiao Zhan (Sean Xiao;肖战) sebagai Wei Wuxian dan Wang Yibo (王一博) sebagai Lan Wangji. Cerita ini mengisahkan tentang dua rakan baik mengembara untuk menyelesaikan kes bunuh misteri. Hubungan Wei Wuxian dan keluarganya serta pembangunan watak adalah sorotan yang anda perlu perhatikan apabila anda menonton drama ini! Semua pelakon dalam cerita berjaya menghidupkan emosi watak masing-masing dan jalan ceritanya menarik untuk anda teruskan menonton!



Seterusnya ialah Ashes of Love(香蜜沉沉烬如霜), yang mendapat rating 8.3/10 di IMDb. Yang Zi (Andy Yang; 杨紫) dan Deng Lun (Allen Deng; 邓伦) telah digandingkan sebagai Jin Mi dan Xu Feng. Jin Mi telah membesar di Shui Jing sejak kecil lagi dan tidak pernah melihat dunia luar. Jin Mi telah menyelamatkan nyawa Xu Feng ketika dia masuk ke Shui Jing dengan tidak sengaja dan Xu Feng pun melepaskan Jin Mi ke dunia luar untuk membalas budinya. Apa yang akan berlaku kepada Jin Mi? Apabila anda mula-mula tengok drama ini, anda mungkin ingat drama ini tak berat dengan babak-babak romantik komedinya. Tetapi anda semua mungkin akan terkejut dengan perkembangan plot cerita ini. Ha, bunyi macam menarik kan? Jom tengok drama ini untuk mengetahui pengakhiran antara Jin Mi dan Xu Feng!


Kalau anda tak berminat dengan genre wuxia/fantasi dan nak tengok dua pelakon ini digandingkan bersama, korang boleh cuba tengok The Oath of Love (余生,请多指教)! Drama ini mengisahkan tentang Lin Zhi Xiao yang dilakonkan oleh Yang Zi (Andy Yang;杨紫), seorang pelajar universiti yang bercita-cita untuk menjadi pemain cello terjatuh cinta dengan seorang pakar bedah, Gu Wei, yang dilakonkan oleh by Xiao Zhan (Sean Xiao;肖战). Selepas pertemuan pertama mereka yang agak kekok, bagaimanakah hubungan mereka akan berkembang? Mereka selalu terjumpa di hospital kerana bapa Lin Zhi Xiao yang dimasukkan ke hospital di mana Gu Wei sedang bekerja. Drama ini juga menekankan tentang hubungan antara keluarga dan kepentingan menyayangi diri sendiri. Walaupun jalan cerita ini agak cliché, lakonan yang mantap oleh kedua-dua pelakon utama telah membuatkan cerita ini menjadi klasik. Jalan cerita ini juga agak ringan jika dibandingkan dengan dua cerita yang lain!

Lepas dah baca blog ni, ada rasa lebih tertarik dengan drama Cina tak? Terdapat pelbagai jenis C-drama di luar sana dan banyak syarikat produksi akan menghasilkan C-drama yang lebih berkualiti!
Kalau anda semua nak tengok C-drama tanpa sari kata, apa kata sertai kelas Fasih Mandarin? Hubungi Kaunselor Akademik kami untuk mendapatkan info kelas yang lebih lanjut!

12 lihatan

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page