Fasih Mandarin Bersiaran Secara Langsung di Seri Pentas, TV3 untuk Rancangan Malaysia Hari Ini (MHI)


Fasih Mandarin bergerak setapak lagi melangkah ke peringkat yang lebih tinggi di mana kami bersiaran secara langsung untuk menggalakkan anak-anak bangsa untuk belajar bertutur dalam bahasa Mandarin. Kami juga menekankan kepentingan dan kelebihan bagi mereka yang berjaya menguasai Bahasa Mandarin ini dari segi perniagaan dan juga kerjaya.


Kami juga menekankan yang mana semua tenaga pengajar kami terdiri dari guru-guru Melayu yang belajar bahasa Mandarin dari "Kosong Asas" dan kini kami fasih bertutur seperti rakyat dari negara China. Dengan inilah terhasil modul kami sendiri yang di buat khas untuk pengajar pelajar-pelajar yang bukan penutur jati untuk menguasai bahasa Mandarin dengan mudah dan cepat, InsyaAllah.

0 lihatan

Siaran Terkini

Lihat Semua