Fasih Mandarin x Talent Corporation Malaysia Berhad MoU

Kemaskini: 23 Apr

Fasih Mandarin dengan secara rasmi menyertai kolaborasi antara pelbagai pemain industri Malaysia dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), bersama-sama kita akan berkembang maju ke arah satu destinasi melalui program TalentCorp: Young Employable Students (YES!).


Encik Shah Farid (Pengarah Urusan Fasih Mandarin) dan Encik Zaqki Zamanee (Pengarah Operasi & Kewangan Fasih Mandarin) telah dijemput untuk Majlis Pertukaran Dokumen YES! MoU & Iftar di Connexion Conference & Event Centre Kuala Lumpur pada 4 Mei. Encik Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp telah merasmikan YES! Pertukaran Dokumen MoU. Encik Nazrul Aziz, Ketua Graduate & Emerging Talent (GET) dan Ketua Perkongsian Industri (IP) turut kongsikan perjalanan TalentCorp sejak tahun 2011.


Fasih Mandarin menghargai peluang yang diberikan dan komited untuk bekerjasama rapat dengan semua rakan kerjasama YES! dan TalentCorp dalam meningkatkan employability mahasiswa dan menyokong mereka menjadi graduan yang berdaya saing.




0 lihatan

Siaran Terkini

Lihat Semua