Fasih Mandarin x Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TARUMT)

Kemaskini: 23 Apr

Fasih Mandarin memulakan minggu ini dengan penuh semangat melalui Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) secara atas talian bersama Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (dahulu TARUC).


TARUMT ialah sebuah universiti swasta terkenal di Malaysia yang telah melahirkan ramai graduan berkualiti daripada programnya. Fasih Mandarin amat berbesar hati untuk menjalinkan hubungan ini dengan TARUMT.


Fasih Mandarin MoU Signing with TARUC

Kerjasama ini bertujuan untuk menjadi jambatan hubungan antara penutur Mandarin jati dan bukan jati, khususnya di Malaysia. Presiden TARUMT, Prof. Ir. Dr Lee Sze Wei dan Pengarah Urusan FM, Encik Shah Farid Mat Rashid telah berkongsi secara ringkas latar belakang organisasi semasa majlis tersebut. Kedua-dua pasukan juga telah bertukar idea dan pendapat tentang projek kerjasama dalam masa terdekat.

0 lihatan

Siaran Terkini

Lihat Semua